As Salam

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua.Kemaafan dan Terima kasih atas segalanya.

 

Ni nak pesan pada yg masih ada emak dan ayah.
Kalau waktu ayah tengah solat, pergilah duduk dekat dan dengar betul betul ayah baca alfatihah dan surah surah

Waktu emak duduk atas sejadah baca Al.Quran, pergi rapat dan dengar diam-diam..
Percayalah cakap saya, suatu hari nanti, awak akan rindu sangat pada suara mereka itu, waktu mereka sudah tak ada ditepi lagi.
Dengarlah puas-puas suara-suara terindah itu❀️

πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’–πŸ’™πŸ’šπŸ’›

Ya Allah
Ampunkan seorang wanita yang pernah kami tumpangi rahimnya selama 9bulan lamanya.

Wanita itu telah melahirkan kami hingga koyak isinya Ya Allah.

Luka kulitnya, Ya Allah.

Bercucuran air matanya menahan sakit dan derita.

Itulah ibu kami ya Allah

Ampunkan ibu kami ya Allah.

Mulia sungguh dirinya.

Sudi membasuh,mencuci najis dan kotoran kami.

Ampunkan ibu yang tangan lembutnya selalu mengusap rambut dan juga wajah kami

Ampunkan ayah kami yg kami tumpangkan nama mereka pada kami.Yg memelihara kami dari kecil tanpa jemu memerah keringat supaya kami dapat membesar dengan sempurna.Ampunkan dosa mereka berdua peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara kami sejak kecil.kurniakan mereka syurga FirdausMu.Allahuma Aamiin.
πŸ˜­πŸ’š

Advertisements